Makluman
Janji Temu Kaunter Perbadanan Putrajaya
Awam
30 Jun - 31 Dis 2021
30 Jun - 31 Dis 2021
Sila imbas QR Code yang tertera atau melayari https://pelawat.ppj.gov.my untuk membuat janji temu di kaunter Perbadanan Putrajaya
Terma Dan Syarat Permohonan Online
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain;
- Permohonan janji temu boleh dibuat seawal satu (1) hari dari tarikh janji temu dan sehingga tamat tarikh PKP/PKPB/PKPP dari tarikh semasa, tertakluk kepada kekosongan;
- Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi Pejabat ) ;
- Pemohon perlu berada di kaunter PPj sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak PPj berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;
- Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi dan cuti kelepasan am Persekutuan. Pilih Tarikh mengikut jadual terkini Cuti Kelepasan Am Persekutuan Tahunan. Permohonan pada tarikh cuti kelepasan am akan terbatal dan permohonan janji temu baru perlu dibuat.
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa janji temu.
- Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula;
- Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di PPj adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP/PKPB/PKPP Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;