• Makluman

    Kempen Jom Bayar Kompaun dan Saman Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

    Share
    Awam
    4 Ogos - 16 Sep 2022

    Sempena sambutan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022, Perbadanan Putrajaya akan mengadakan Kempen Jom Bayar Kompaun dan Saman.

    Berikut adalah perincian berkaitan kempen tersebut:

    KEMPEN JOM BAYAR KOMPAUN DAN SAMAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2022

    Kadar Tawaran Semasa Kempen:

    ·         RM20 – Notis Kompaun

    ·         RM50 – Saman Mahkamah

    Tempoh Kempen:

    01 Ogos 2022 hingga 16 September 2022

    Untuk semakan:

    Melalui laman sesawang Perbadanan Putrajaya https://ppj.gov.my/ dan klik menu eRayuan Kompaun

     Cara Pembayaran:

    1. Melalui laman sesawang erayuan Perbadanan Putrajaya: https://ppj.gov.my/ dan klik menu eRayuan Kompaun (perlu daftar terlebih dahulu); atau
    2. Kaunter bayaran di Pusat Khidmat Pelanggan Perbadanan pada waktu pejabat; atau
    3. Pembayaran atas talian di Maybank2u, Cimbclicks, Bank Islam Online, Ambank Amonline seperti tatacara dibawah:-               
    • Daftar masuk
    • Klik Pay & Transfer
    • Klik Pay Bills/Pay To Payee
    • Taip Perbadanan Putrajaya di ruangan To/New Payment
    • Pilih Perbadanan Putrajaya Lain-Lain Bayaran atau Perbadanan Putrajaya Compound
    • Masukkan rujukan seperti yang diperlukan
    • Teruskan pembayaran seperti biasa

    #tertakluk terma dan syarat :  Untuk kompaun/saman lalu lintas yang dikeluarkan oleh Perbadanan Putrajaya SAHAJA)

    Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Puan Azfarina (7610) atau En Nasron (7499).