Makluman
Notis Penangguhan Acara Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020

6 - 22 Mac 2020

NOTIS PENANGGUHAN ACARA
Hi semua, ini adalah Perbadanan Putrajaya dan AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur bagi acara tahunan Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya.
Dukacita kami ingin mengumumkan bahawa Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang dijadualkan pada 19 hingga 22 Mac 2020 di Presint 2, Putrajaya ditangguhkan.
Perancangan untuk acara "MyBalloonFiesta 2020" ini melibatkan sebilangan besar rakan kongsi, juruterbang, krew, syarikat produksi, pengurus acara, sukarelawan, pasukan kesihatan dan keselamatan dengan lebih 200,000 pengunjung dijangka hadir.
Walau bagaimanapun, perkembangan terkini wabak global coronavirus (COVID-19) telah membuatkan keadaan pada masa ini sangat sukar untuk meramalkan skala penularan wabak semasa tarikh acara berlangsung serta ketidakpastian pergerakan rentas sempadan pengunjung-pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Ini merupakan keputusan yang sangat sukar buat kami memandangkan acara tahunan ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai orang.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat setia Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya yang sering menanti-nantikan acara ini dan rakan kongsi serta vendor-vendor di atas sokongan dan keprihatinan mereka terhadap situasi yang berlaku.
Tiket yang telah dibeli akan dikembalikan wangnya dalam tempoh 30 hari bekerja. Tarikh akhir untuk isi borang bayaran balik adalah pada 22 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut mengenai proses bayaran balik, sila rujuk https://www.myballoonfiesta.com/refund