Menguruskan permohonan melalui Pusat Setempat (OSC);
Kawalan Perancangan Reka Bentuk Bandar dan memproses permohonan permit bangunan;
Pelaksanaan pembangunan Pusat Tahfiz Putrajaya dan Tabung Amanah Pendidikan Putrajaya;
Pengurusan operasi Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah Presint 18, Putrajaya;
Menyelaras pelaksanaan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di kawasan Putrajaya;
Perancangan pembangunan sehingga penyerahan pemilikan kosong mengikut jadual
Pemantauan dan penguatkuasaan projek
Pengurusan tawaran unit, rayuan dan aduan pembeli
Menyelaras tuntutan dana mudah cara pemaju;
Menyelaras pelaksanaan program-program Local Agenda 21 (LA21) Putrajaya;
Menyediakan Rancangan Struktur Putrajaya 2025 (RSP 2025), Rancangan Tempatan Putrajaya dan lain-lain penyelidikan perancangan;
Menyelaras pelaksanaan Inisiatif Karbon Rendah Bandar Hijau Putrajaya bagi mencapai PGC 2025;
Perancangan dan pengawasan alam sekitar melalui pelaksanaan Sistem Kawalan Punca Pencemaran Alam Sekitar (SKPPAS) dan promosi Kesedaran Alam Sekitar;
Perancangan, pengawasan dan promosi kesedaran alam sekitar, tasik dan wetland;
Mengenakan syarat dalam kelulusan kebenaran merancang dan menjalankan penguatkuasaan alam sekitar;
Pelaksanaan Sistem Pemantauan dan Pengurusan Tasik dan Wetland Putrajaya (Putrajaya Lake & Wetland Management and Monitoring System) PLWMOS;
Mengurus tasik dan wetland Putrajaya dari aspek perancangan dan pembangunan meliputi kawasan persiaran, pengurusan kawasan tadahan, kawasan persisiran, pembangunan kemudahan awam serta infrastruktur yang berkaitan dengan aktiviti tasik;
Mengawasi operasi penyelenggaraan dan aktiviti di tasik dan wetland termasuk pengawasan kualiti air dan biologi, tumbuhan wetland, burung dan ikan;
Pelaksanaan inisiatif-inisiatif Bangunan Hijau (Green Building) di Putrajaya;
Pelaksanaan Inisiatif Reka Bentuk Sejagat; dan
Menjalankan kerja-kerja inspektorat bangunan (penguatkuasaan dan pemantauan).