• Acara Dan Aktiviti

    Ihya Ramadan Putrajaya 2022

    Share
    14 Apr - 2 Mei 2022
    Dataran Putrajaya Presint 3 Putrajaya
    10:00 AM - 11:59 PM

    Ihya Ramadan Putrajaya atau IRP 2022 kembali lagi di bulan Ramadan di Putrajaya. Acara ini merupakan acara ikonik Perbadanan Putrajaya setiap tahun dan telah memasuki tahun ke – 9 penganjuranya.

    Ihya Ramadan Putrajaya 2022 merupakan nama baharu dan penjenemaan semula Festival Ramadan Putrajaya seperti yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato Seri Dr Shahidan Kassim  bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai lokasi alternatif untuk mendapatkan barangan keperluan Ramadan dan Aidilfitri serta mengimarahkan sambutan bulan Ramadan di Putrajaya. Disamping itu, penganjuran festival ini adalah untuk menyokong perkembangan dan pemulihan  ekonomi Putrajaya supaya dapat  berkembang dan pulih.

    IRP 2022 dibahagikan kepada empat komponen utama iaitu

    • Bazar Ramadan, 
    • Anjung Syawal,
    • Kiblat Walk dan
    • Laman Iftar.

    IRP 2022 merupakan inisiatif Perbadanan Putrajaya dalam menjadikan Putarajaya sebagai destinasi pilihan pelancong dan pengunjung khasnya pada bulan Ramadan,

    Dataran Putrajaya menjadi destinasi wajib dikunjungi pengunjung ke Putrajaya Setiap bulan Ramadan untuk mereka berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan.

    Selain itu, ia popular sebagai lokasi tempat warga Putrajaya terdiri daripada warga kerja, penduduk Putrajaya dan Pengunjung ke Putrajaya untuk mendapatkan barangan keperluan menyambut puasa, berbuka puasa dan keperluan hari raya.

    Perbadanan Putrajaya mensasarkan lebih 500 ribu pengunjung pada tahun ini, yang mana untuk Festival Ambang Ramadan selama 5 hari akan bermula dari jam 10 pagi hingga 12 malam.

    Manakala untuk Anjung Syawal, Laman Iftar dan Kiblat Walk Festival Ramadan Putrajaya Festival Ramadan Putrajaya 2022  akan bermula dari 10 pagi hingga 12 malam bagi sepanjang Bulan Ramadan.