Sistem E-Lesen Putrajaya (ELP)
Sistem E-Lesen Putrajaya (ELP)
Sistem e-Lesen Putrajaya merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya Bandar Mampan dan Bandar Hijau bagi mencapai visi Putrajaya menjelang tahun 2020. Tujuan ELP dibangunkan adalah untuk mengurus lesen komersil secara dalam talian untuk memudahkan proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di Putrajaya.
Tatacara daftar/Log masuk Sistem E-Lesen
a. Pengguna sedia ada (Pengguna awam)
b. Log masuk (No SSM) (Kemaskini emel)
c. Pengguna baharu (Pengguna Awam)
d. Lupa Kata Laluan
e. Login SSO (Emel sama tetapi username berbeza)
4. BORANG PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR / JUALAN (PENJAJA SEMENTARA) PUTRAJAYA
KAEDAH PERMOHONAN
Sila Pastikan Dokumen-Dokumen Berikut Telah Tersedia Untuk Di Muatnaik (Upload) semasa proses permohonan:
1. DOKUMEN AM BAGI PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN
a. Salinan Kad Pengenalan (warganegara) atau Passport (bukan warganegara)
b. Salinan Pendaftaran Syarikat (ROC)/Perniagaan (ROB)/Pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab/Badan Profesional
c. Sijil Kelayakan Menduduki (CF) atau Sijil Siap dari Pematuhan (CCC)
d. Surat kelulusan/kebenaran ubahsuai premis (jika ada ubahsuai sama ada di dalam atau di luar premis)
e. Sijil Pematuhan (CCC/CFO)
f. Perjanjian sewa premis atau perjanjian jual beli bangunan atau geran tanah
g. Salinan pelan lokasi premis
h. Salinan pelan lakaran lantai premis
i. Gambar premis semasa (pandangan hadapan, belakang, dalam premis dan sisi premis/jika lot tepi)
j. Syarat tambahan/dokumen sokongan dari Pihak Berkuasa Melesen Persekutuan
2. DOKUMEN BAGI PERMOHONAN PAPAN TANDA IKLAN DI PREMIS PERNIAGAAN
a. Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada Visual Iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
b. Cadangan visual papan tanda iklan berwarna (menunjukkan dimensi/saiz iklan berwarna (superimpose) dan visual kaedah pencahayaan (sekiranya iklan bercahaya)
c. Sijil Pendaftaran Harta Intelek Malaysia (trademark) ATAU surat pengesahan Franchisor sekiranya paparan pada papan tanda iklan menggunakan NAMA/LOGO/TAGLINE selain dari nama syarikat yang dinyatakan dalam Pendaftaran Syarikat (ROC)/Perniagaan (ROB)/Pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D) beserta maklumat perniagaan dan pemilik ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/Persatuan/Kelab/Badan Profesional
d. Ukuran papan tanda iklan perlu mematuhi Pelan Induk Iklan dan Signage Advertisement Design Guideline (SADG).
e. Sila rujuk Unit Pelesenan Iklan di talian 03-80008000 sambungan 8077/7657 bagi mendapatkan ukuran papan tanda iklan yang dibenarkan dan sebarang keterangan lanjut.
*Pemasangan Papan Tanda Iklan Sebelum Mendapat Kelulusan Dan Sijil Lesen Dari Perbadanan Putrajaya Akan Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan Tertakluk Kepada Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002
3. KEPERLUAN PEMATUHAN KHUSUS
a. Keperluan Pematuhan Syarat Keselamatan Premis Bangunan
- mematuhi keperluan keselamatan kebakaran dan piawaiannya. [UUK Bangunan Seragam (Selangor) 1986 dan Akta Bomba 1988]
b. Keperluan pematuhan alam sekitar
- pengurusan sisa air/bahan buangan/sisa pepajal/sisa sampah domestik [mengikut peraturan dan prosedur Perbadanan Sisa Pepejal dan PPj]
- pembakaran terbuka dilarang sama sekali
c. Keperluan ubahsuai premis/bangunan perniagaan
- ubahsuai hendaklah mendapat kelulusan PPj.
- ubahsuai termasuk perubahan struktur, ruang dan fungsi serta pindaan cat bangunan (perubahan cat luar bangunan tidak dibenarkan)
- memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi kerja ubahsuai
d. Keperluan tukar syarat guna premis/bangunan perniagaan
- aktiviti perniagaan mematuhi syarat-syarat seperti diluluskan dalam pelan pembangunan.
4. Syarat-syarat Lesen Penjaja Sementara