Mengawal dan menguruskan belanjawan tahunan Perbadanan Putrajaya;
Menyelaras bajet Rancangan Jangka Panjang Lima Tahun Perbadanan Putrajaya (Rancangan Malaysia);
Menguruskan pelaburan jangka pendek (simpanan tetap) di dalam institusi kewangan dan perbankan yang diluluskan;
Menyedia, mengemas kini dan menguatkuasakan Peraturan Kewangan, Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan-peraturan lain yang berkaitan dari semasa ke semasa;
Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan dan Penyata Kewangan Disatukan Perbadanan Putrajaya;
Menguruskan pembayaran emolumen kepada pegawai Perbadanan Putrajaya dan pembayaran kepada pembekal/kontraktor Perbadanan Putrajaya;
Melaksanakan pemantauan dan naziran pengurusan kesemua saluran kutipan hasil;
Membuat penilaian bagi maksud cukai taksiran/kadaran;
Membuat penilaian bagi maksud tuntutan Sumbangan Membantu Kadar (SMK);
Mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama berpandukan Akta Pengurusan Strata 2013;
Menguruskan pendaftaran aset melalui perolehan belian terus, inden kerja, interim kerja, interim pembayaran dan petty cash dan aset-aset yang diperolehi oleh anak syarikat Perbadanan Putrajaya;
Mengurus dan menyelaras proses pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset milik Perbadanan Putrajaya;
Menentukan caj atau caruman kepada kumpulan wang penjelas yang kena dibayar oleh pembeli atau pemunya atau pemilik petak jika mereka tidak berpuas hati dengan jumlah caj yang dikenakan oleh pemaju atau JMB atau MC;
Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kaedah perolehan dengan teratur dan lancar mengikut prodesur/tatacara perolehan yang telah ditetapkan di Perbadanan Putrajaya;
Memastikan pentadbiran tender, kontrak dan perolehan Perbadanan Putrajaya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut syarat-syarat kontrak dan prosedur yang ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya serta tugas kawalan kos bagi memastikan pentadbiran kontrak adalah sepadan dengan nilai yang diperoleh;
Memantau prestasi anak syarikat dan pematuhan atas keperluan berkanun;
Memantau prestasi pelaburan dan usaha sama yang telah dilaksanakan;
Merekod dan memperakaunkan aktiviti-aktiviti hasil Perbadanan Putrajaya melalui penjanaan bil; dan
Menganalisis dan melaporkan prestasi penghutang kepada pihak pengurusan Perbadanan Putrajaya.