• Taman


    Taman

    Putrajaya dibangunkan berasaskan tema “Bandar Dalam Taman”. Sejumlah 38 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan Putrajaya telah dibangunkan untuk kegunaan taman, tasik dan wetland, Manakala kawasan selebihnya meliputi kegunaan pejabat-pejabat. Tasik buatan berkeluasan 600 hektar yang merentangi di bahagian tengah bandar ini merupakan ciri-ciri landskap yang utama dan berperanan mengimbangi keadaan cuaca di Putrajaya. Pada masa kini, aktiviti seperti menaiki bot, berkayak dan memancing dibenarkan di kawasan tasik.

    Berikut adalah taman - taman serta lanskap yang terdapat di Putrajaya.