• Sistem Pelesenan Putrajaya

    Sistem Pelesenan Putrajaya merupakan salah satu inisiatif Perbadanan Putrajaya untuk menjadikan Putrajaya Bandar Mampan dan Bandar Hijau bagi mencapai visi Putrajaya menjelang tahun 2020. Tujuan Sistem Pelesenan Putrajaya dibangunkan adalah untuk mengurus lesen komersil secara dalam talian untuk memudahkan proses permohonan, pembaharuan dan pemantauan lesen perniagaan di Putrajaya.


    Tatacara daftar/Log masuk Sistem Pelesenan Putrajaya

    a. Pengguna sedia ada (Pengguna awam)
    b. Log masuk(Emel)
    c. Pengguna baharu (Pengguna Awam)
    d. Lupa Kata Laluan
    e. Login SSO (Emel sama tetapi username berbeza)

    KLIK DISINI


    KAEDAH PERMOHONAN

    BORANG PERMOHONAN PENGANJURAN BAZAR / JUALAN (PENJAJA SEMENTARA) PUTRAJAYA

    KLIK DISINI

    Sila Pastikan Dokumen-Dokumen Berikut Telah Tersedia Untuk Di Muatnaik (Upload) semasa proses permohonan:

    1. DOKUMEN AM BAGI PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN

        a. Salinan pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU  Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional

        b. Salinan kad pengenalan pemohon (Warganegara) ATAU Pasport (Bukan Warganegara) pemilik syarikat.

        c. Surat kelulusan/kebenaran ubahsuai premis (jika ada ubahsuai sama ada di dalam atau di luar premis) DAN Sijil Pematuhan (CCC/CFO)

        d. Sijil/ surat pemeriksaan doktor termasuk suntikan Typhim VI & sijil Kursus Pengendali Makanan bagi semua pengendali makanan dan pekerja (untuk peniaga makanan sahaja)

        e. Lakaran Pelan Lantai & 4 Gambar Premis (1 gambar pandangan hadapan, 1 gambar bahagian dalam, 1 gambar bahagian belakang & 1 gambar bahagian tepi  untuk premis lot tepi sahaja)

        f. Perjanjian sewa premis lengkap tandatangan dan cop syarikat beserta Cop mati setem/sijil mati setem

        gSijil perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Pendidikan Swasta (Tadika @ Taska)

        h. Syarat tambahan/dokumen sokongan dari Pihak Berkuasa Melesen Persekutuan. 

        i. Surat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi perkhidmatan Dobi.


    2. DOKUMEN BAGI PERMOHONAN PAPAN TANDA IKLAN DI PREMIS PERNIAGAAN

        a. Pengesahan Ejaan Penggunaan Bahasa pada visual iklan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

        b. Cadangan visual papan tanda iklan berwarna (menunjukkan dimensi/ saiz iklan dalam ukuran meter)

        c. Gambar posisi pemasangan papan tanda iklan berwarna (superimpose) dan visual kaedah pencahayaan (sekiranya iklan bercahaya)

        d. Sijil pendaftaran harta intelek Malaysia (trademark) ATAU surat pengesahan franchisor sekiranya paparan pada papan tanda iklan menggunakan NAMA/ LOGO/ TAGLINE selain dari nama syarikat yang dinyatakan dalam  pendaftaran syarikat (ROC)/ perniagaan (ROB)/ pertubuhan (Borang 9 dan Borang 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik) ATAU Sijil Pendaftaran Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Profesional. (JIKA ADA)

       e. Ukuran papan tanda iklan perlu mematuhi Pelan Induk Iklan dan Signage Advertisement Design Guideline (SADG).

    *Pemasangan Papan Tanda Iklan Sebelum Mendapat Kelulusan Dan Sijil Lesen Dari Perbadanan Putrajaya Akan Dikenakan Tindakan Penguatkuasaan Tertakluk Kepada Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2002.



    3. KEPERLUAN PEMATUHAN KHUSUS


    a. Keperluan Pematuhan Syarat Keselamatan Premis Bangunan

    • mematuhi keperluan keselamatan kebakaran dan piawaiannya. [UUK Bangunan Seragam (Selangor) 1986 dan Akta Bomba 1988]

    b. Keperluan pematuhan alam sekitar

    • pengurusan sisa air/bahan buangan/sisa pepajal/sisa sampah domestik [mengikut peraturan dan prosedur Perbadanan Sisa Pepejal dan PPj]
    • pembakaran terbuka dilarang sama sekali

    c. Keperluan ubahsuai premis/bangunan perniagaan

    • ubahsuai hendaklah mendapat kelulusan PPj.
    • ubahsuai termasuk perubahan struktur, ruang dan fungsi serta pindaan cat bangunan (perubahan cat luar bangunan tidak dibenarkan)
    • memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi kerja ubahsuai

    d. Keperluan tukar syarat guna premis/bangunan perniagaan

    • aktiviti perniagaan mematuhi syarat-syarat seperti diluluskan dalam pelan pembangunan.

    4. Syarat-syarat Lesen Penjaja Sementara

    KLIK DISINI