• Acara Dan Aktiviti

    Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2020

    Share
    19 - 22 Mac 2020
    Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya
    8:00 AM - 10:00 PM

    19-22 Mac 2020 | Monumen Alaf Baharu, Presint 2 Putrajaya

    Sebanyak 25 belon udara panas dari serata dunia akan diterbangkan sebagai acara utama kepada sambutan ulangtahun Putrajaya yang ke-25.

    Antara belon udara panas bentuk istimewa yang akan diterbangkan pada tahun ini adalah:

    1. Minion dari United Kingdom
    2. Little Pirate dari Amerika Syarikat
    3. Bighug dari Brazil
    4. My Deerling dari Kanada
    5. Blue Rooster dari Perancis
    6. Light House dari Amerika Syarikat
    7. Owlbert dari Amerika Syarikat

    Pesta tahun ini akan menghimpunkan juruterbang belon udara panas antarabangsa dari 13 buah negara termasuk Malaysia, Sepanyol, Jepun, Belgium, Thailand, Korea Selatan, Itali dan wilayah Taiwan.

    Tiket boleh ditempah sebelum acara di pautan ini www.myballoonadventure.com/exclusive-putrajayaballoonfiesta2020-package/.