Acara Dan Aktiviti
Pertandingan Mewarna Sempena Hari Terbuka Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Putrajaya 2019

20 Okt 2019
Dewan Utama, Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
9:00 AM
-
1:00 PM

SYARAT DAN PERATURAN:
- Terbuka kepada 2 kategori:
- Kategori A: 5 - 6 Tahun - 130 peserta (Mewarna dengan menggunakan Warna Pensel) WATERCOLOUR PENCIL TIDAK DIBENARKAN
- Kategori B: 7 - 10 Tahun - 120 peserta (Mewarna dengan menggunakan Warna Krayon)
- Pertandingan ini terbuka kepada Ahli PPK sahaja
- Pendaftaran keahlian dan perbaharui keahlian HENDAKLAH sebelum atau pada 17 OKTOBER 2019 (KHAMIS). Keahlian peserta haruslah aktif sehingga hari pertandingan berlangsung.
- Penyertaan adalah PERCUMA.
- Masa pertandingan adalah selama 1 jam 15 minit.
- Peralatan mewarna hendaklah dibawa sendiri oleh peserta.
- Lukisan peserta akan menjadi Hak Milik Perbadanan Putrajaya.
- Peserta tidak dibenarkan mendapat bantuan daripada individu lain semasa pertandingan dijalankan dan sekiranya ia berlaku penyertaan peserta boleh DIBATALKAN.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang pertanyaan dan bantahan tidak akan dilayan.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 OKTOBER 2019 (KHAMIS)/mengikut had kuota penyertaan (mana-mana yang terdahulu).