• Eko Pelancongan


    Taman Seri Empangan

    Terletak di Presint 5, berhampiran dengan Putrajaya International Convention Centre (PICC), Taman Seri Empangan menawarkan pemandangan indah yang mampu menenangkan dan merehatkan minda. Taman ini dilengkapi dengan laluan berjoging dan berbasikal di tepi tasik, taman permainan kanak-kanak serta kedai makan menghadap tasik yang mempesonakan dan berlatar belakang Jambatan Seri Empangan yang menakjubkan. Tatkala berseronok menjamu selera dengan panorama lanskap yang indah, momen paling istimewa adalah mendengar bunyi deruan air empangan serta menikmati pemandangan menakjubkan terutama pada waktu malam.


    2.8964° N, 101.6794° E


    Taman Seri Empangan