• Idea Pembangunan


    Idea Pembangunan

    tasik

    Putrajaya adalah sebuah bandar yang dirancang dan dibina untuk menghadapi cabaran alaf baru. Ia adalah sebuah Bandar dalam Taman yang melihat kepada alam sebagai inspirasi, menghasilkan sebuah landskap yang dipengaruhi oleh keindahan Tasik Putrajaya. Kualiti air tasik yang tinggi adalah salah satu faktor terpenting untuk membuahkan hiasan yang cantik dan satu lagi unsur yang menjadi anugerah alam ialah dengan pembinaan Wetland Putrajaya. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang baru bukan sahaja sebuah bandar baru. Tetapi juga melambangkan kematangan Malaysia sebagai anggota komuniti global yang dinamik dan progresif yang komited kepada konsep pembangunan yang stabil.

    Mengikut Konvensyen Wetland dan Kepentingan Antarabangsa (the Ramsar Convention1971), wetland didefinisikan sebagai, "Kawasan bumi yang dibanjirkan dengan air sementara atau kekal yang kebiasaannya bergerak perlahan, cetek, tawar, payau atau masin, di mana pembanjirannya menentukan jenis dan produktiviti tanah dan komuniti pokok serta haiwan." Peranan wetland dalam pengurusan unsur air telah menjadi popular begitu cepat sehingga menyebabkan pembinaan wetland dikebanyakan negara maju. Pembinaan wetland adalah sistem buatan manusia yang melibatkan penukaran kedudukan tanah sedia ada untuk mengsimulasi keadaan tanah lembap. Mereka mencuba dengan mengkaji proses rawatan yang berlaku apabila air yang tercemar memasuki wetland semula jadi.  Wetland ini didapati telah menyucikan air dengan membuang kompaun organik dan mengoksidasikan ammonia, mengurangkan nitrit dan membuang fosforus.  Mekanismanya sangat rumit dan melibatkan oksida bakteria, penapisan, pemendapan dan pemendakan kimia.  Kebanyakan wetland yang dibina cuba meniru fungsi biokimia eko-sistem sebagai agen penapis dan penyuci, diikuti oleh fungsi hidrologi yang menjadi pusat tebatan banjir.

    tasik