Taman Wetland
Ciri-ciri Taman
- Terletak di Presint 13.
- Keluasan Taman Wetland ialah 197.2 hektar.
- Keluasan wetland menjangkau kepada 650 hektar.
- Antara taman yang terawal dibuka di Putrajaya di.
- Taman yang memahat sejarah sendiri kerana dibuka secara rasmi sempena pengistiharaaan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 dan taman ini dirasmikan pada tarikh sempena ulang tahun ke 30 Perjanjian Ramsar iaitu 2 Februari.
- Taman dirasmikan pada 2 Februari 2001 oleh Tun Mahathir Mohamad.
- (Perjanjian Ramsar merupakan perjanjian tertua mengenai alam sekitar di mana perwakilan 18 negara telah bersepakat mengenai pemeliharaan wetland bagi kesejahteraan manusia dan keseimbangan ekosistem)
- 24 spesies ikan air tawar tempatan dilepaskan di dalam sel wetland antaranya ikan jelawat, patin, pelage, belut , temakang, belida dan lain-lain lagi.
- Taman wetland kini menjadi habitat pelbagai haiwan akuatik seperti pucung serandau, pangling, burung ruak-ruak dan pelbagai lagi tumbuhan akuatik.
Tarikan:
- Menara Pandang Jauh (Look Out Tower)
- Kolam Flamingo
- Sel Rawang Wetland
- Tasik Angsa
- Garden Shop
- Gl@w (Glamping @ Wetland Putrajaya)
- Wetland Studio Putrajaya – Terbaru (Akan dibuka 2023)