• Senibina Ikonik


    Jambatan Putra

    Jambatan Putra merupakan jambatan utama di Putrajaya. Jambatan sepanjang 435 meter ini menghubungkan Presint 1 (Presint Kerajaan) dan Presint 2 (Pembangunan Campuran). Seni binanya diilhamkan daripada reka bentuk Jambatan Khaju yang terkenal di Isfahan, Iran. Tingkat  atas  jambatan  dua   tingkat  ini membentuk sebahagian Boulevard yang menghubungkannya dengan Dataran Putra. Empat tiang sambut yang tinggi di sini mempunyai pelantar tinjau yang menghadap tasik.

    2.9330° N, 101.6904° E

    Jambatan Putra