• Senibina Ikonik


    Jambatan Seri Bestari

    Jambatan  ini merentasi tasik dan  persiaran, menyambungkan  Presint  16  sebelah timur  dan  Wisma  Putra  di sebelah Pulau Utama. Perkara yang unik bagi jambatan ini ialah gerbang di bawah jambatan yang tirus dan jelas kelihatan. Geladak  jambatan ini  dapat  menampung kabel  komunikasi  dan  eletrik serta paip  air  berdiameter 400mm,  yang terselindung  di  bawah  jambatan.  Jarak  rentasan  utama ialah  60m  panjang  dan  dua  rentasan bersebelahan  dengan  35m  setiap  satu  dan  dua  rentasan  berukuran  11.3m  menjadikan  panjang  keseluruhan jambatan 152.6m. Terdapat  jalanraya dua hala dua lorong, bergaris tengah  3m, lorong pejalan  kaki  dan  trek basikal.

    2.9252° N, 101.6984° E

    JAMBATAN SERI BESTARI