Senibina Ikonik
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Salah satu pemandangan menarik di Putrajaya adalah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berkubah logam berkilauan disimbah cahaya matahari. Tempat popular di kalangan pengunjung ini adalah masjid kedua di Putrajaya, selepas Masjid Putra. Ia direka bentuk untuk menampung kira-kira 24,000 jemaah. Dibina di sebelah Tasik Putrajaya, bangunan ini digelar Masjid Besi. Menonjolkan kehadiran dan kekuatan Islam dan agama rasmi negara. Konsep besi yang diinspirasi dari reka bentuk Masjid Roma (Moschea di Roma), di Parioli, Rom. Laluan menuju ke masjid, yang dikenali sebagai Kiblat Walk, diadaptasi dari istana silam Alhambra. Dinding mihrab dibuat dari panel kaca setinggi 13 meter dengan dua ayat dari Surah Al-Baqarah disebelah kanan dan Surah Ibrahim di sebelah kiri tertulis di atasnya.
http://www.masjidtuankumizan.gov.my/
2.9192° N, 101.6812° E
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin