• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Medan Selera Presint 16

    Dikenali juga sebagai Pusat Komuniti Presint 16, medan selera yang kasual dan berangin ini mempunyai pelbagai jenis penyewa, yang menawarkan masakan berbeza. Jika berminat untuk sesuatu yang ringan, atau mungkin mencari tempat untuk sarapan pagi, maka anda perlu mencuba gerai roti canai di sini. Paling popular roti telur dan roti bom dengan Gulai Daging sebagai gandingan - memang sedap! Medan selera yang berkonsep terbuka ini terletak dekat dengan sekolah, pusat pembelajaran kawasan kejiranan, unit perumahan dan komersial. Bangunan ini juga menempatkan pasar, kedai minum, tandas awam dan kaunter penerangan. 

    2.9387° N, 101.6833° E 

    MEDAN SELERA PRESINT 16