• Sukan & Rekreasi


    Pit Stop @ Anjung Floria

    Dahulunya merupakan tapak penganjuran Festival Bunga dan Taman Antarabangsa
    (FLORIA) Diraja. Ia kemudian dihidupkan sebagai pusat setempat aktiviti rekreasi dikenali sebagai Pit-Stop @ Anjung Floria. Kedudukan yang strategik berhubung dengan sisiran Tasik Putrajaya, laluan sikal bandar, laluan sikal dan
    pejalan kaki sisiran tasik serta laluan cruise membolehkan Pit-Stop @ Anjung Floria menjadi lokasi untuk aktiviti riadah seperti berbasikal, berjalan kaki, berjoging, cruise, sukan air dan berkelah di sekitar Putrajaya. 

    Pit-Stop @ Anjung Floria dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tapak ekspo, tapak jualan, nurseri pokok, Kampung Beca, sewaan basikal, kayak, remote control (RC), cruise, bot dan pantai berpasir, di samping kemudahan rehat dan rawat (RnR) seperti kafe.


    2.9128° N, 101.6789° E


    Pit Stop @ Anjung Floria