• PROGRAM LA21 PUTRAJAYA


    Program Ikon Matematik@Putrajaya

    PROGRAM IKON MATEMATIK@PUTRAJAYA

    (4 SIRI : 11 MEI, 8 JUN, 29 JUN  & 13 JULAI 2024)

    Urusetia Induk LA21 Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Pendidikan W/P Putrajaya dan Yayasan Pendidikan Cheras bersama-sama menjayakan  program ini.

    Program Ikon Matematik@Putrajaya ini dianjurkan bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek Matematik untuk menguasai dan seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan di peringkat menengah atas.

    Program ini telah disertai seramai 130 pelajar tingkatan 3 dengan pendedahan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.   Selain membantu pelajar dalam Subjek Matematik, program ini juga dapat mempromosikan taman-taman dan kemudahan awam di Putrajaya.

    pelaksanaan program ini mencapai 4 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu SDG 3: Good Health and Well-Being, SDG  4: Quality Education, SDG 11: Sustainable Cities and Communities dan SDG 17: Partnership For The Goals.