Pelancongan Acara
Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta
Luangkan masa anda ke acara tahunan, Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya. Sambutan yang diadakan selama empat hari pada setiap Mac, semasa cuti sekolah ini menampilkan lebih 20 belon udara panas pelbagai bentuk yang istimewa serta aktiviti untuk semua peringkat umur. Sejak 2010, ia telah menarik ribuan peminat belon tempatan serta pelancong luar negara dari lebih 70 negara. Bukan setakat belon udara panas bentuk biasa, terdapat juga yang luar biasa, serta berwatak popular seperti badut, sotong, gajah, burung, Darth Vader atau Minion. Jualan trak makanan, kraftangan, pertandingan olahraga dan persembahan kebudayaan juga diadakan.
2.9233° N, 101.6847° E