Pelancongan Acara
Royal Floria Putrajaya
Merupakan festival bunga dan taman tahunan terulung negara yang diadakan sejak 2007. Royal Floria adalah acara utama dalam kalendar Putrajaya dengan rekod lebih sejuta pengunjung dan menampilkan 61 lot taman pameran dengan 43 peserta antarabangsa dari 23 negara. Pertunjukan yang menjadi lebih besar dan lebih baik setiap tahun ini mempamerkan pelbagai jenis bunga seperti Bonsai, Hibiscus, Heliconia, Rose, Bougainvillea, Begonia, Lily dan Chrysanthemum. Dianugerahkan dengan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada penganjuran FLORIA 2014, yang diadakan di tapak kekal acara seluas 29 ekar yang dinamakan sebagai Anjung Floria di Presint 4.
2.9130° N, 101.6780° E