• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Selera Laman Perdana

    Selera Laman Perdana yang berhampiran dengan Bangunan Perdana Putra berkonsep “outdoor café” menempatkan kios F&B yang menawarkan pelbagai hidangan. Kawasan ini dibuka seawal pukul 7 pagi dan terdapat gerai yang menjual menu sarapan seperti roti canai, nasi lemak dan aneka mi yang khususnya untuk pengunjung. Terdapat sebuah air pancut di tengah-tengah laman, dan sekiranya anda berkunjung pada waktu malam, ia kelihatan cantik kerana talaan lampu yang menghiasi kawasan ini. Antara menu yang ditawarkan ialah Char Kuay Tiaw Mutiara, nasi ayam berempah, burger, masakan barat dan sate. 

    2.9374° N, 101.6937° E 

    SELERA LAMAN PERDANA