• Eko Pelancongan


    Taman Persahabatan China-Malaysia

    Merupakan mercu tanda hubungan diplomatik yang terjalin kukuh antara Malaysia dan China. Taman Persahabatan China-Malaysia terletak di Anjung Floria di Presint 4, Putrajaya. Taman ini mempamerkan gaya Lingnan yang lengkap dengan unsur dan karakter tradisional Cina yang terdiri daripada enam elemen utama iaitu gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan yang menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan. Taman indah ini diturap dengan batu bata dan batu berwarna, dengan koridor berliku-liku, pohon-pohon rimbun, bunga-bunga yang mekar, halaman indah yang menenangkan serta astaka yang dikhususkan untuk ahli kaligrafi dan pelukis terkenal.

    2.9128° N, 101 .6789° E


    Taman Persahabatan China-Malaysia