• Eko Pelancongan


    Taman Saujana Hijau

    Taman Saujana Hijau dengan konsep “Salem High Country” menjadi destinasi popular. Dihiasi sepenuhnya dengan pokok pine dan cyprus, membuatkan anda merasa seperti berada di ‘kawasan pegunungan tinggi di Eropah. Taman Saujana Hijau dikelilingi oleh tumbuhan gymnospermae seperti pokok pine, juniperus, thuja dan tumbuhan sikas asli dari Queensland, Australia dan banyak lagi. Terdapat 3 bustan (taman) dibina pada setiap bahagian di taman ini iaitu Bustan Inggeris, Bustan Oriental dan Bustan Eropah. Ruang pejalan kaki yang luas untuk larian dan lorong berbasikal mengelilingi dan melalui taman sama ada diselubungi embun yang berkilauan pada waktu pagi, berpusing-pusing dengan burung raptor dan merasa angin sepoi-sepoi sepanjang hari. Ia destinasi popular bagi aktiviti seperti berjoging, berkelah, bergambar atau penggambaran seperti ‘wedding photoshoot’ dan lain-lain.


    2.9619° N, 101.6749° E

    Taman Saujana Hijau