• PROGRAM LA21 PUTRAJAYA


    Terapi Alam@Putrajaya

    Pelaksanaan Program Terapi Alam@Putrajaya adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan tekanan komuniti Putrajaya selaras dengan hasrat untuk membentuk Putrajaya ke arah Bandar Mampan dan Komuniti Lestari.

    Objektif utama program adalah:

    1. Mewujudkan program yang selaras dan mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).
    2. Menggalakkan amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan tekanan komuniti Putrajaya selaras dengan hasrat untuk membentuk Putrajaya ke arah Bandar Mampan dan Komuniti Lestari
    3. Meningkatkan Indeks Kebahagiaan (Happiness Index) komuniti Putrajaya dan meningkatkan peratusan kepuasan penduduk terhadap perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ianya diambilkira dalam Penarafan Bintang (Star Rating) PBT dalam Kategori Bandaraya.
    4. Memperkenalkan dan mempromosi taman-taman di Putrajaya dengan mengadakan pelbagai program yang selaras dengan aktiviti taman.
    5. Memberi pendedahan pendidikan dan pengetahuan berhubung flora dan fauna yang terdapat di Taman-Taman Putrajaya.

    Pelaksanaan program Terapi Alam@Taman-Taman di Putrajaya ini mencapai 5 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) iaitu:

    1.   SDG 3    :  Kesihatan yang Baik dan Sejahtera (Good Health and Well-Being);
    2.   SDG 4    :  Pendidikan Berkualiti (Quality Education)
    3.   SDG 11  :  Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities)
    4.   SDG 15  :  Kehidupan Darat (Life on Land); dan
    5.   SDG 17  :  Perkongsian untuk Matlamat (Partnership for the Goals).


    1) Program Terapi Alam @ Putrajaya Siri 1: Golongan Kurang Upaya

    - Tarikh : 17 September 2022

    - Lokasi : Kebun Komuniti Bandar, Presint 16 Putrajaya

    - Penglibatan: 15 orang

    - Kerjasama  : Persatuan Lestari Alam Malaysia dan Kebun Komuniti Bandar Presint 16 Putrajaya

    2) Program Terapi Alam @ Putrajaya Siri 2: Warga Emas

    - Tarikh : 13 November 2022

    - Lokasi : Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

    - Penglibatan: 30 orang

    - Kerjasama  : Pejabat Kesihatan Putrajaya