Destinasi Makanan & Membeli Belah
Umai Cafe
Selain cekodok pisang yang merupakan best selling, anda juga wajib mencuba lempeng kelapa dan nasi lemak! Tidak kurang juga kuih-muih dan pelbagai jenis cucur. Selain itu terdapat banyak menu menarik berasaskan hidangan Melayu, Thai, Barat dan lain-lain. Umai Cafe adalah sebuah restoran yang terletak di Presint 2, bersebelahan Tasik Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi). Pemandangan di sini amat indah dan sekali sekala anda akan dapat melihat cruise berlayar membawa pelancong.
2.9226° N, 101.6828° E