• Eko Pelancongan


    Urban Birding Hotspot

    Dinamakan sebagai “ibu kota burung-burung bandar” dan merupakan destinasi utama Urban Birding, Taman Wetland Putrajaya memiliki lebih daripada 200 spesies burung. Terdapat pelbagai jenis burung iaitu burung belatuk hingga burung matahari dan bittern. Para pengunjung boleh memerhati dan merekodkan bilangan spesies burung menerusi menara tinjau sepanjang 18 meter atau berjalan di sepanjang denai alam semula jadi sama ada di Taman Wetlands Putrajaya, Taman Botani dan Taman Rimba Alam. Menikmati pesona kehijauan alam semula jadi, ditemani bunyi unggas dan kicauan burung sememangnya mendamaikan jiwa. Urban birding merupakan daya tarikan eko pelancongan menarik yang boleh dilakukan sama ada dengan mata kasar, melalui peranti peningkatan visual seperti teropong dan teleskop, atau cukup hanya dengan mendengar kicauan burung.


    Urban Birding Hotspot