• Taman Cabaran Putrajaya


    Taman Cabaran Putrajaya



    Kompleks sukan mendaki adalah bangunan yang berkeluasan satu padang bola sepak itu mempunyai elemen seni bina modern architectural. Kompleks ini menawarkan aktiviti sukan lasak mendaki dinding tiruan, dewan mendaki yang berbumbung ini adalah yang terbesar di rantau Asia.

    Dinding mendaki di kompleks ini berbentuk trapezional, bersaiz 42 meter lebar, 42 meter panjang dan 20 meter tinggi. Dinding tembok sukan mendaki ini juga terbahagi kepada 5 zon iaitu A (Expert Boulder), B Intermediete Boulder, C (Expert Lead Climbing), D (Beginner Top Roping), D (Speed Climbing), E (Advanced Lead Climbing).

    Bayaran masuk hanya RM3 untuk kanak-kanak dan RM6 untuk dewasa, pengunjung boleh mendaki dinding tiruan ini seharian. Bagaimanapun, untuk peralatan seperti abah-abah, kasut dan perkakasan lain untuk mendaki, ada bayaran lain dikenakan.

    Kemudahan lain yang disediakan di kompleks ini termasuk dewan mendaki, bilik mendaki kanak-kanak, bilik perasingan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, bilik persalinan lelaki dan perempuan, bilik pertolongan cemas, surau, kafetaria, tandas dan kedai barangan aksesori mendaki.