Taman Ekuestrian Putrajaya
Taman Ekuestrian Putrajaya
Diinspirasikan daripada konsep taman di bandar, Taman Ekuestrian (TEP) adalah percutian yang sesuai untuk lari dari kesibukan bandar Pentadbiran Malaysia.
Taman Ekuestrian yang terletak di Percinct 5, juga dikelilingi dengan tasik buatan manusia seluas 70 ekar yang dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian yang terbaik sebaris dengan kemudahan-kemudahan ekuestrian lain yang terkenal di seluruh dunia.
Di buka pada tahun 2006, pusat ini menyediakan kemudahan yang menarik dan pembelajaraan berbayar menunggang kuda untuk pelajar, pelumba dan pemilik kuda. Lawatan dan aktiviti menunggang kuda turut disediakan untuk pelawat dan pengunjung.
Sejak itu, pusat ini turut menjadi tuan rumah kepada pertandingan melompat kuda dan dressage peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Pameran Kuda Piala Siri Premier, FEI Asian World Cup Qualifier dan Sukan Malaysia (SUKMA).
Hari ini sekali lagi, taman ini dijadikan destinasi untuk Sukan SEA 2017.