• Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya

    PROGRAM SUNTIKAN TYPHOID PERBADANAN PUTRAJAYA

    Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya diadakan dengan objektif seperti berikut:

    • Memberi kemudahan dan sumber bagi perkhidmatan suntikan Typhoid kepada semua pengendali makanan di Putrajaya.
    • Mewujudkan jalinan kerjasama strategik diantara PPj dan panel klinik PPj dalam memberikan perkhidmatan suntikan Typhoid yang telus dan sistematik kepada pengendali makanan di Kawasan Putrajaya dan sekitar.

     

    PELAKSANAAN PROGRAM

    • Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya akan diadakan berdasarkan acara dan perancangan Jabatan dan akan dihebahkan dari masa ke semasa di semua media sosial PPj.
    • Kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM65.00 seorang (Tertakluk kepada perubahan terkini oleh PPj).
    • Setiap pakej merangkumi Suntikan Typhoid dan Kad Ekslusif Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya.