Tasik Dan Wetland
Wetland
Sistem wetland yang dibangunkan di Putrajaya mengandungi lima cabang dengan 23 sel seperti yang diterangkan dalam Rajah 1. Kesemua cabang (kecuali hulu Bisa) melepaskan airnya ke Wetland Tengah, menjadikan jumlah sel kepada 24, sebelum airnya mengalir ke Tasik Putrajaya. Mereka menyelusuri aliran air Sungai Chuau, Sungai Bisa dan tiga anak sungai lain. Beberapa siri tebatan yang diisi batu telah dibina sepanjang lima cabang wetland untuk memisahkan 24 sel itu. Walau pun kesemua lima cabang berhubung kait, ia berbeza dari segi saiz, kedalaman, kumpulan hidupan pokok dan kepadatan dan direka untuk menahan bahan cemar.
Proses yang berlaku di dalam zon sel ditunjukkan seperti dalam Rajah 2. Gambaran tipikal keratan rentas membujur dan bentangan sel yang tipikal wetland ditunjukkan dalam Rajah 3 dan 4.Reka bentuknya menunjukkan ciri-ciri sistem pelbagai sel yang berperingkat-peringkat dengan kemampuan menahan banjir dan memaksimumkan ruang yang ada untuk koloni pokok air. Peranan pokok-pokok ini adalah untuk memerangkap bahan cemar dan menyediakan rumpunan akar di mana bakteria dan organisma mikro boleh membiak dan membantu dalam penapisan dan mengenyahkan bahan cemar dalam air.
Sel Wetland Putrajaya dan komponen strukturnya adalah kunci kepada proses wetlands untuk membersihkan air sungai. Ia penting untuk menyelenggara dari sudut yang luas, keupayaan fungsi dan objektif wetland, termasuk menyediakan habitat untuk fauna tempatan, mamalia, burung air, reptilia, amfibia, ikan dan invertebrata;modifikasi hidrologi (dengan menyediakan kawasan penahan banjir dan mengurangkan limpahan melampau serta kelajuan aliran air) dan rekreasi (wetland digunakan untuk rekreasi manakala taman untuk keindahan dan rekreasi).
Ciri Utama Wetland Putrajaya (Kawasan dalam hektar)
Jumlah Kawasan | Tanaman | Air | Benteng & Pulau | Zon Limpahan | Lorong Penyelenggara |
197.20 | 77.70 | 76.80 | 9.60 | 23.70 | 9.40 |
Pecahan terperinci komponen struktur sel wetland dan jenis tumbuh-tumbuhan serta lokasinya dalam sel diterangkan dan diringkaskan seperti di bawah:
Komponen Struktur Sel Wetland dan Fungsinya
Zon | Komponen | Fungsi |
Saluran masuk | Saluran masuk Penyurai tenaga | Membolehkan air masuk ke sel wetland Memelihara dasar terusan dan saluran masuk dan mengurang hakisan dengan mengurang tenaga air yang masuk. Boleh diguna pada mana-mana tempat wetland yang berpotensi menghadapi masalah hakisan |
Macrofit | Kawasan rumpun mensiang Bahagian Pemendapan | Tumbuhan air memberi sokongan kepada mikroorganisma yang memudahkan transformasi nutrien, pengumpulan benda-benda organik, menapis cemaran, merangsang pemendapan dan membekal oksigen kepada mendapan. Percepat proses reputan oleh bakteria ke atas benda organik Meningkatkan kepelbagaian hidupan. Membekalkan pelbagai jenis habitat untuk fauna makro dan mikro. Memberi perbezaan penglihatan menerusi tekstur , saiz, bentuk dan warna yang berlainan. Mempercepat mendapan tanah halus dan partikel keladak (yang biasanya akan melalui GPT) dan cemaran lain seperti logam berat, nutrien dan racun serangga yang diserap oleh mendapan. Mengurangkan kepadatan mendapan ke dasar rumpun mensiang untuk memastikan air lebih jernih bagi penumbuhan lebih berkesan. Memperbaiki kualiti air di dalam dan hilir sel dan seterusnya kesihatan ekosistem. |
Kawasan Air terbuka | Kawasan Air terbuka Pulau | Membolehkan UV (cahaya matahari) memasuki air untuk membersihkannya. Meransang percampuran air dan mengurangkan pemberhentian aliran. Menyediakan habitat air dalam untuk fauna, tempat berlindung semasa kemarau, tempat turun dan kawasan selamat untuk burung air. Bersepadanan dengan kawasan tanaman seterusnya mengindahkan lagi pemandangan. Menyediakan habitat terpencil untuk burung. Memberi pemandangan jelas kepada wetlands. |
ZII Zon | Tumbuhan tebing | Mewujudkan kepelbagaian habitat sepanjang tepian wetland untuk invertebrata dan burung meranduk.
Merperbaiki kualiti air Menghadang manusia dari memasuki air. |
Outlet Zone | Struktur Kawalan Paras Air Rak sampah Benteng | Membolehkan cemaran tinggi dalam air diperangkap untuk diambil atau kitar semula. Membolehkan kawalan paras air untuk beberapa tujuan termasuk: Operasi dan penyelenggaraan; Memastikan kedudukan air mengikut keadaan yang ditentukan supaya pelbagai jenis habitat boleh hidup atau menggalakkan lebih spesifik spesies flora/fauna tertentu. Mempelbagaikan paras air untuk pertumbuhan pokok air. Menghindar sampah sarap memasuki sel. Menahan aliran sungai untuk menjadi kolam. Menetapkan paras norma yang sesuai untuk air di wetland. |
Spesies Tumbuhan Wetland dan Lokasinya yang Betul Dalam Struktur Komponen Sel Wetland
Komponen Struktur Wetland | Kedalaman Air Biasa | Tumbuhan | Spesies Tipikal |
Paya tohor | (~0.3m) | Paya tohor boleh dijangka menghadapi pusingan kering yang kerap dalam sesetengah tahun. Dalam situasi hidrologi seegini pelbagai tumbuhan akan hidup (menerung, rusiga dan herba berdaun). Komposisi tumbuhan ini mungkin berubah sebagai tindak balas kepada perubahan paras air. Tumbuhan penutup bumi juga berubah dari jarang kepada tebal bergantung kepada spesies dan pusingan air. | akan berlaku dalam zon ini, contoh: Clerodendron spp., Lagerstroemia spp., Polygonum spp., Ludwigia spp |
Paya | (~0.6m) | Apabila kedalaman air di paya dan jangka masanya meningkat, kepelbagaian tumbuhan nampak akan menurun. Kawasan paya yang tetap digenani air melebihi 0.6m kebiasaannya akan didominasi oleh beberapa spesies dengan tumbuhan penutup yang tebal. Spesies sebenar biasanya berbeza dari paya ke paya. Bagaimana pun spesies yang biasanya mendominasi habitat ini hampir sentiasa dari klon yang sama dengan rizom besar di bawah tanah. | Scirpus mucronatus, Eleocharis dolcis, Scirpodendron ghaeri, Fuirena umbellata, Lipocarpha chinesis. |
Paya Dalam | (~1.0m) | Apabila kedalaman air meningkat, pertumbuhan pelbagai tumbuhan baru biasanya terhad kepada saiznya. Untuk hidup dalam air yang dalam tumbuhan mesti berupaya untuk tumbuh dua kali ganda kedalaman air. Tumbuhan di paya dalam biasanya mempunyai penutup sederhana atau kurang tebal dan didominasi oleh sedikit spesies. Spesies yang cenderung untuk mendominasi habitat biasanya adalah klon spesies yang besar dengan sistem rizom bawah tanah yang besar. | Lepironia articulata, Eleocharis ochrostachys, Eleocharis retroreflexa, Phragmites karka, Phragmites australis. |
Pond | (~ 1.5m) | Air yang kedalamannya melebihi 1.5m akan menghalang kebanyakan tumbuhan ‘macrophytes’ menjadikannya zon air terbuka. Kebanyakan pokok yang hidup dalam air atau terapung di air berupaya untuk hidup dan menguasai keadaan ini. Bergantung kepada kekeruhan air, zon ini tidak boleh tidak akan di kuasai oleh sebahagian pokok air. Zon ini perlu di awasi dengan kerap untuk memastikan sebarang serangan oleh spesies rumpai yang tidak dikehendaki cepat dikesan dan dikawal. Ada faedahnya zon ini dikuasai oleh spesies tertentu sahaja kerana ia membantu dalam mempercepatkan mendapan dan menapis zarah yang kecil dan menyediakan habitat untuk invertebrata air dan ikan. | Myriophyllum, Potamogeton, Vallisneria, Nymphaea Weed Risks: Salvinia molesta, Eichhornia crassipes, Pistia stratiotes, Ipomea aquatica. |
Komponen Struktur Wetland | Kedalaman Air Tipikal | Tumbuhan | Spesies Tipikal |
Kolam Dalam/ Perangkap Mendapan | (~ 2.5m) | Kedalaman air yang melebihi 2.5m akan menghalang tumbuhnya kebanyakan pokok baru yang berakar dan tumbuhan ‘macrophytes’ air terutamanya di dalam wetland yang direka dan dibena untuk kawalan kualiti air di mana kekeruhan air menjadi faktor pembatas. Biasanya hanya pokok terapung akan tumbuh dalam zon ini. Bagi kolam pula, zon ini perlu diawasi selalu untuk memastikan spesies rumpai yang tidak diingini dapat dikesan dan dikawal. Apabila zon ini ditempatkan di laluan masuk ia menjadi perangkap mendapan yang utama kepada sistem rawatan air. Dengan itu sebarang tumbuhan yang mungkin tumbuh atau membiak akan sentiasa dikacau apabila mendapan dibuang daripada kolam. | Myriophyllum, Potamogeton, Vallisneria, Nymphaea. Weed Risks: The likelihood of significant submerged plant growth in these zone is relatively low but the risk of floating weed invasion is very high. For example Salvinia molesta, Eichhornia crassipes, Pistia stratiotes, Ipomea aquatica. |
Zon Pinggiran Wetland | Kawasan pinggiran dan sekeliling wetland biasanya mengalami kedalaman limpahan, kekerapan dan tempoh yang berbagai. Zon yang berada di atas dan di bawah paras air biasa selalunya mengalami variasi yang sangat ketara. Zon ini biasanya memberi sokongan kepada tumbuhan pinggiran paya dan rawa yang sesuai dengan limpahan yang kerap tetapi singkat. Dengan aras yang lebih tinggi, limpahan menjadi kurang kerap dan tempohnya lebih singkat. Dengan keadaan yang kurang halangan ini pelbagai pokok berkayu mudah tumbuh. Contoh mudah adalah hutan paya tepi sungai dan lapangan banjir. | ||
Pinggiran Paya/Rawa | melebihi NWL (~ 0.3m) | Dari segi hidrologi, zon ini mempunyai kedalaman yang sama seperti zon paya yang cetek tetapi kejadian limpahannya lebih kerap dan singkat. Oleh itu banyak pokok yang boleh hidup di zon ini terdiri dari rusiga dan menerung, herba berdaun, rumpun berkayu dan pokok-pokok. | This zone can support a great number of species and suitable plants can be selected from the following genera, eg.Cyperus, Eleocharis, Limnophila, Ludwigia, Polygonum, Pandanus, Eugenia, Barringtonia. |
Hutan Paya | Melebihi NWL (~ 0-1.5m) | Secara hidrologinya zon ini diairi dengan baik dengan limpahan air yang kerap tetapi airnya juga kerap disalur keluar untuk menampung pokok kayu besar. Hutan paya tropik kebiasaannya mempunyai sistem yang berbagai-bagai sama ada dari bungaan dan strukturnya dan ia didominasi oleh pokok kecil dan sederhana besar. | Zon ini boleh menampung spesies tumbuhan yang banyak dan pokok yang sesuai boleh dipilih dari kalangan genera berikut: Eugenia, Dipterocarpus, Fagraea, Ficus, Ixora, Lithocarpus, Litsea, Pandanus, Podocarpus, Shorea, Tarenna, Tristania, Xanthophyllum. |
Rajah 3 : Garis bujur satu sel tipikal wetland menunjukkan Zon Limpahan terputus (F2 dan F1), Zon Wetland (Zon 1,2 3) dan Kolam Terbuka
Rajah 4 : Susun atur Tipikal Sel Wetland
Tasik putrajaya
Tasik ini terletak di bahagian selatan wetland. Lebih kurang 60% daripada air tasik datangnya dari wetland manakala 40% lagi datang terus daripada persiaran bersempadan dengannya. Persiaran selebar 20m itu sebagai penampan sekeliling tebing tasik. Keluasan keseluruhan permukaan tasik ialah 400 hektar.
Ciri-ciri utama tasik ini adalah seperti berikut:
Ciri-ciri Utama Tasik Putrajaya
Kawasan takungan | Paras Air | Luas Kawasan | Isipadu simpanan | Purata Dalam | Purata Air Masuk | Purata Tempoh Takungan |
50.90 KM2 | RL 21.00 M | 400 ha (4 K M2 ) | 23.50 mil. M3 | 6.60 M | 6.60 M | 132 hari |